Penyerahan Jalur Gemilang kepada Tok Batin oleh Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Majlis Sarapan Merdeka Bersama Orang Asli Ulu Kuang di Rawang pada 23 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tiada acara besar sambut merdeka, rai dengan bacaan yasin

KUANG, 23 OGOS: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diraikan dengan bacaan yasin dan tahlil mengikut norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata meskipun tiada acara besar seperti kelaziman, namun program di peringkat daerah dan komuniti mampu menyemarakkan semangat patriotisme.

“Pastinya sambutan tahun ini berbeza namun meriah. Tiada program bersekutu yang besar seperti selalu, sebaliknya kita buat bacaan yasin dan tahlil,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Majlis Sarapan Merdeka di Kampung Orang Asli Ulu Kuang hari ini.

Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru rakyat menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat meskipun negara sedang berdepan ancaman pandemik.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sibu, Sarawak.


Pengarang :