Proses sanitasi dijalankan di Klinik Kesihatan Napoh di Jitra, Kedah yang menjadi pusat saringan Covid-19 berikutan terdapat kluster baharu di kawasan tersebut ketika tinjauan pada 6 Ogos 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiada pertambahan kes daripada kluster Sivagangga, Kurau

SHAH ALAM, 11 OGOS: Tiada pertambahan kes baharu Covid-19 dilaporkan daripada kluster Sivagangga dan Kurau hari ini, maklum ketua pengarah kesihatan.

Ini menjadikan jumlah kes positif dalam kluster Sivagangga kekal 45 manakala kluster Kurau (lima).

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 5,645 individu dalam kluster Sivagangga disaring di tiga negeri manakala 180 orang daripada kluster Kurau di dua negeri.

“Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini. Situasi terkini juga akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Berikut perincian pecahan saringan mengikut negeri terbabit:

Kluster Sivagangga

1. Kedah (4,154 disaring)
-31 kes dikesan positif Covid-19
-4,112 individu negatif
-11 individu masih menunggu keputusan

2. Perlis (1,223 disaring)
-11 kes dikesan positif Covid-19
-681 individu negatif
-531 individu masih menunggu keputusan

3. Pulau Pinang (268 disaring)
-Tiga kes dikesan positif Covid-19
-243 individu negatif
-22 individu masih menunggu keputusan

Kluster Kurau

1. Perak dan Pulau Pinang (180 disaring)
-Lima kes dikesan positif Covid-19
-123 individu negatif
-52 individu masih menunggu keputusan


Pengarang :