Pengerusi Yide Dato’ Bakhtiar Hussin (kiri) mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid di MSU, Shah Alam pada 24 Ogos 2020. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide bertemu MSU, kerjasama rancak aktiviti kebajikan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) akan bekerjasama dengan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) bagi merancakkan lagi aktiviti kebajikan khususnya pembangunan rumah anak yatim dan pusat dialisis.

“Dengan semangat keprihatinan ummah, Yide komited melaksanakan program dan acara kebajikan yang memberi manfaat kepada anak yatim dan pesakit yang memerlukan khususnya di bawah Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor,” tulis yayasan itu di Facebook.

Pada 18 Ogos lalu, Pengerusi Yide Dato’ Bakhtiar Hussin mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid di universiti itu.

Sepanjang 2019, Yide mengagihkan RM2.8 juta kepada golongan memerlukan dan pusat dialisis.

Sebelum ini, yayasan berteras kebajikan itu juga mengalu-alu orang ramai menyumbang menerusi Touch ‘n Go eWallet bagi menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai.

Kemudahan lebih efiesen itu selari situasi wabak Covid-19 serta tiada caj perkhidmatan dikenakan kepada pendema bagi Tabung Infaq Dana Yide.


Pengarang :