Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 peringkat negeri Selangor di Subang Jaya pada 26 September 2020. Foto Facebook Lembaga Urus air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

30 kumpulan Friends of River pantau kualiti sungai di Selangor

SUBANG JAYA, 27 SEPT: Kerajaan Selangor melancarkan 30 kumpulan Friends of River (FoR) bagi menanam sikap tanggungjawab komuniti terhadap sungai sempena sambutan Hari Sungai Sedunia semalam.

Dato’ Menteri Besar berkata FoR memberi fokus kepada aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan 30 sungai di negeri ini.

“FoR bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam memantau sebarang aktiviti melibatkan sungai dan sumber air. Saya percaya jumlah ini akan bertambah lebih banyak secara berperingkat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui ucapan dibacakan EXCO Infrastruktur, Ir Izham Hashim.

Jelas Amirudin, sebanyak RM1 juta diperuntukan tahun hadapan bagi mengembangkan pelaksanaan FoR sekali gus memelihara sumber air.

“Hari ini (semalam) Kerajaan Negeri mengedarkan kit pemantau kualiti air sungai kepada semua FoR secara berperingkat.

“Kita harapkan setiap FoR melaksanakan aktiviti secara konsisten dan berterusan contohnya gotong-royong sungai seminggu sekali atau dua kali sebulan,” katanya.


Pengarang :