Selangorkini
Peserta Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’ MDKS di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka pada 17 hingga 19 September 2020. Foto MDKS
PBT SELANGOR

35 belia wanita sertai Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 35 belia wanita terdiri daripada penuntut Kolej Antarabangsa Inpens dan Kolej Antarabangsa Intra menyertai program Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’ di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka baru-baru ini.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memaklumkan acara tahunan dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat MDKS bertujuan melatih ketahanan mental dan fizikal pelajar.

“Kita mahu mereka (wanita) sentiasa berani, tabah, tahan lasak dan berkeyakinan tinggi bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lagi, acara tersebut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar berbilang kaum melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Program ini mampu memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong dan setia kawan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan yang penting dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

 


Pengarang :