ADNSELANGOR

450 kaum India terima baucar Jom Shopping Deepavali

SHAH ALAM, 22 SEPT: Seramai 450 kaum India di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima baucar Jom Shopping Deepavali yang bakal disambut November depan.

Penyelaras DUN, Abdul Rahim Kasdi berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti individu yang layak supaya bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Baucar bernilai RM100 akan diberikan selepas penerima layak dimuktamadkan. Dengan bantuan ini ia dapat meringankan perbelanjaan penduduk untuk membuat persiapan Deepavali,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Abdul Rahim berkata pelbagai bantuan akan terus diagihkan bagi memastikan kebajikan penduduk dipelihara.

“Setiap kali perayaan kita akan pastikan bantuan sampai. Begitu juga dengan musim persekolahan kerana kita faham beban ditanggung penduduk,” katanya.


Pengarang :