Antara ahli panel yang hadir ketika Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 bagi sesi usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

6,000 usahawan digital baharu wujud ketika PKP – Shopee

SHAH ALAM, 7 SEPT: Seramai 6,000 usahawan digital baharu wujud hasil usaha sama Kerajaan Negeri dan Shopee dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wakil platform jualan dalam talian itu berkata mereka dilahirkan dalam tempoh dua bulan sahaja ketika Kempen Selangor e-Bazar Raya pada Mei lalu.

“Krisis Covid-19 membuktikan betapa pentingnya e-dagang sebagai jaringan kepada penduduk dan juga usahawan. Malah ia menjadi pendapatan utama usahawan ketika PKP.

“Menyedari pentingnya perkara berkenaan, Shopee sebagai pemain industri terbesar di Malaysia menjalin kerjasama dengan Selangor untuk membantu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka. Dan Selangor e-Bazaar adalah contoh kerjasama paling berjaya membantu usahawan berkenaan,” katanya pada Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Pada Mei lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Selangor e-Bazar Raya bersama Shopee bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan mikro memulihkan perniagaan mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Menerusi kerjasama itu, platform terbabit memberi sokongan bernilai RM1 juta dalam bentuk alat pemasaran termasuk siaran langsung, Jualan Kilat Shocking Sale dan penghantaran percuma RM19 untuk penjual baharu.


Pengarang :