AGENDANASIONAL

82 kes baharu Covid-19 libatkan 10 negeri

SHAH ALAM, 26 SEPT: Malaysia merekodkan 82 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 79 daripadanya jangkitan tempatan manakala tiga kes import.

Ketua pengarah kesihatan berkata kebanyakan negeri mula mencatatkan kes baharu iaitu Sabah sebanyak 64 kes, Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan (tiga), Selangor dan Terengganu (masing-masing dua) serta Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Labuan (masing-masing satu).

“Pertambahan tersebut menjadikan bilangan kes Covid-19 di negara ini sebanyak 10,769 dengan 851 daripadanya merupakan kes aktif.

“Daripada 79 individu dijangkiti dalam kes tempatan, 53 adalah warganegara manakala 26 bukan warganegara manakala dua daripada kes import adalah warganegara dan seorang bukan warganegara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 89 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah 9,785 atau 90.86 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak lapan kes dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kekal 133 kes,” katanya.


Pengarang :