Bekalan darah yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2, Sabah. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

856 beg darah dihantar ke Sabah, tampung keperluan pesakit

SHAH ALAM, 27 SEPT: Sebanyak 856 beg darah merah dibekalkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Sabah pada Jumaat lalu bagi menampung keperluan pesakit.

Ketua pengarah kesihatan berkata bekalan itu dihantar melalui penerbangan Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Para penderma darah yang budiman, andalah bukti rakyat Malaysia itu prihatin. Susah senang kita harungi bersama. Tidak kira di mana pesakit berada tanggungjawab sosial ini tetap berterusan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.

Darah disumbangkan Pusat Darah Negara, Hospital Melaka, Melaka; Hospital Sultanah Nur Zahirah,Terengganu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Sri Manjung dan Hospital Teluk Intan, Perak.

Turut membuat sumbangan adalah Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail, Johor serta Hospital Sibu dan Hospital Miri, Sarawak.


Pengarang :