ADN Kinrara Ng Sze Han melawat wanita yang menghidap penyakit angin ahmar ketika mengagih bantuan air di Taman Kinrara pada 6 September 2020. Foto Twitter Ng Sze Han
ADNSELANGOR

ADN Kinrara akan serah bantuan kepada pesakit angin ahmar

SHAH ALAM, 6 SEPT: Bantuan segera akan diserah kepada seorang warga emas di Pangsapuri Panglima, Seksyen 4 Taman Kinrara, Puchong pada minggu depan, kata Ahli Dewan Negerinya.

Ng Sze Han berkata sumbangan berbentuk lampin pakai buang dewasa, jarum suntikan ubat diabetes dan kerusi malas diperlukan kerana pesakit berkenaan menghidap penyakit angin ahmar.

“Saya mengambil kesempatan untuk menziarahi mak cik (berkenaan) dan akan cuba yang terbaik membantunya,” katanya menerusi Twitter.

Sze Han menjelaskan situasi wanita terbabit dimaklum seorang individu ketika beliau mengagih bantuan air di Taman Kinrara.

Puchong antara kawasan terjejas berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 3 September lalu.

Bagaimanapun beberapa kawasan mula pulih selepas tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor kembali beroperasi.


Pengarang :