Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail berucap ketika Program Penerangan Jimat Air Selangor di Dewan Meranti Seksyen 19, Shah Alam pada 20 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN: Komuniti dicadang wujud pusat kumpul air hujan bagi jimat air terawat

SHAH ALAM, 20 SEPT: Komuniti sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga disaran mewujudkan pusat mengumpul air hujan sebagai satu langkah penjimatan air.

Ahli Dewan Negerinya berkata Selangor antara negeri dengan taburan hujan tinggi maka penduduk harus memanfaatkannya terutama ketika berdepan masalah air bagi menampung aktiviti harian mereka.

“Air tak terawat ini boleh digunakan untuk siram tanaman, basuh kereta atau aktiviti pembersihan dan ini merupakan satu langkah penjimatan.

“Jika ada mana-mana pihak mahu melaksanakannya boleh kemukakan kertas kerja kepada pihak DUN untuk kita sediakan peruntukan,” kata Rodziah Ismail kepada pemberita di Program Penerangan Jimat Air Selangor hari ini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail bersama wakil penduduk ketika Program Penerangan Jimat Air Selangor di Dewan Meranti Seksyen 19, Shah Alam pada 20 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau yang juga EXCO pembangunan usahawan berkata setakat ini beberapa pihak telah melaksanakannya membabitkan kumpulan mengusahakan kebun komuniti dan membuahkan hasil positif maka sewajarnya ia diketengahkan untuk kepentingan bersama.


Pengarang :