Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika berkempen untuk calon KEADILAN di Matunggong, Sabah pada 20 September 2020 sempena pilihan raya negeri itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar: Hasil bumi Sabah beri manfaat jika diurus dengan baik

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kepelbagaian hasil bumi Sabah memberi manfaat kepada rakyat negeri itu jika diurus dengan baik, kata presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan tadbir urus tidak jujur sejak puluhan tahun lalu menyebabkan rakyat Negeri di Bawah Bayu kekal daif terutama yang tinggal di Matunggong.

“Ini mendukacitakan namun kita harus bertindak. Saya fikir ini masa terbaik untuk ubah landskap politik, pentadbiran dan beri kepercayaan kepada calon KEADILAN,” tulisnya di Facebook hari ini.

Isu tersebut dibangkitkan ahli parlimen Port Dickson itu ketika berkempen untuk calon Matunggong Sazalye Danol sempena pilihan raya negeri.

Rakyat Sabah akan memilih 73 calon pada 26 September ini. KEADILAN yang bergabung dengan Warisan Plus bertanding di tujuh kerusi.


Pengarang :