Petugas melakukan kerja penggantian dan penambah baikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kesemua kawasan di tujuh wilayah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Khamis lalu telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan perkembangan itu dan merakamkan penghargaan di atas kesabaran orang ramai sepanjang tempoh sukar berkenaan.

“Pengguna disaran memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk informasi terkini bekalan air.

“Rujukan juga boleh dibuat di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau
layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.
Sentiasa gunakan air secara berhemat,” kata Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri.

Khamis lalu, 1.2 juta pemegang akaun di tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.


Pengarang :