Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika perasmian Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Belanjawan 2021: MB minta rakyat kemuka pandangan

SHAH ALAM, 9 SEPT: Rakyat diminta mengemuka idea dan pandangan berhubung belanjawan tahun depan menerusi portal amirudinshari.com/selangor2021 untuk penilaian dan pertimbangan.

Dato’ Menteri Besar berkata beliau mahu Belanjawan Selangor 2021 bersifat lebih menyeluruh apabila pandangan rakyat turut dilibatkan.

“Belanjawan umpama reaktor bagi sesebuah negeri mahupun negara itu merencanakan masa depan kerana pembentukan polisi ekonomi berkait rapat dengan hala tuju belanjawan.

“Oleh itu, saya menjemput setiap warga Selangor untuk turut serta membangunkan Belanjawan Selangor 2021 ini supaya sifatnya lebih inklusif serta menyeluruh,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook, malam tadi.

Isnin lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City yang turut melibatkan ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Mengulas mengenai dialog berkenaan, Amirudin berkata semua peserta berbincang dan ‘memerah otak’ bagi mendapatkan formula terbaik khususnya ketika berdepan cabaran ekonomi pasca Covid-19.

“Belanjawan Selangor 2021 merangkumi lima tonggak utama iaitu pertama membabitkan pertanian, pelancongan dan agro pelancongan. Kedua mengenai kesihatan awam dan bandar berdaya huni.

“Sementara ketiga adalah usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar serta keempat penciptaan kekayaan dan kelima ialah industri kreatif.”


Pengarang :