EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail membentangkan rumusan ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAEXCONASIONALSELANGOR

Cadang wujud pinjaman beli telefon pintar, bantu rakyat berniaga dalam talian

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerajaan Negeri digesa mewujudkan skim pinjaman belian telefon pintar dan komputer riba bagi membantu rakyat berpendapatan rendah (B40) menjalankan perniagaan dalam talian.

EXCO pembangunan usahawan berkata setakat ini dana usahawan mikro hanya memberi kemudahan kepada peniaga membuat pinjaman membeli peralatan perniagaan sahaja.

“Mungkin sekarang sudah sampai masanya kita wujudkan pinjaman untuk golongan tersebut membeli telefon bimbit atau komputer riba bagi membolehkan perniagaan secara digital dijalankan.

“Tanpa kemudahan seperti ini menyukarkan mereka menceburi bidang berkaitan,” kata Rodziah Ismail ketika sesi rumusan Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.


Pengarang :