Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 22 September 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 147 kes baharu, tiga kematian

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kes baharu Covid-19 di Malaysia melonjak kepada tiga angka apabila 147 kes direkodkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 143 kes merupakan jangkitan tempat dengan hampir keseluruhan berlaku di Sabah manakala empat kes import.

“Sabah merekodkan sebanyak 134 kes baharu, Kedah (lima), Selangor (dua) manakala Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing satu kes.

“Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 ialah 10,505 dengan 770 daripadanya kes aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 39 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah 9,602 kes atau 91.4 daripada jumlah kes keseluruhan.

“Lapan pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan manakala terdapat tiga kes kematian menjadikan jumlah kematian 133 kes,” katanya.


Pengarang :