Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Empat daerah di Selangor berstatus kuning

SHAH ALAM, 24 SEPT: Klang menjadi daerah terbaharu berstatus zon kuning di Selangor selepas Hulu Langat, Petaling dan Sepang.

Menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) daerah Petaling merekodkan dua kes aktif manakala Hulu Langat, Klang dan Sepang masing-masing satu kes.

Data tersebut menunjukkan pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini adalah 2,217 dengan 1,916 daripadanya sembuh manakala kematian 24 kes.

Semalam, Selangor merekodkan dua kes baharu melibatkan saringan ketika masuk kerja manakala kes kedua mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.

Kes baharu di negara ini melonjak kepada tiga angka apabila 147 kes direkodkan dengan Sabah sebanyak 134 kes, Kedah (lima), Selangor (dua) manakala Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing satu kes.


Pengarang :