Selangorkini
Pelajar memakai pelitup muka selepas pemerintah Indonesia membuka kembali sesi persekolahan dengan melaksanakan proses pembelajaran secara bersemuka di tengah kebimbangan penularan wabak Covid-19 di Bekasi, di pinggiran Jakarta, Indonesia pada 13 Julai 2020. Foto REUTERS
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 3,806 kes baharu, 106 kematian

JAKARTA, 12 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,806 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214,746 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 95,539 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 106 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,650 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik tersebut iaitu 52,840 kes dengan tambahan 1,205 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,746 orang, diikuti Jakarta (1,386); Jawa Tengah (1,139); Kalimantan Selatan (386); Sulawesi Selatan (376) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA


Pengarang :