Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Kali ke-65 Selangor tiada jangkitan tempatan sejak PKP

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jumlah Covid-19 di Selangor meningkat kepada 2,193 selepas dua kes import direkodkan semalam.

Bilik Gerakan Negeri Selangor melaporkan kes dikesan melalui pengembara dari Indonesia dan Syria.

“Kes ini babit individu bawah pemantauan (PUS) di Hilton Garden Inn Puchong dan Grand Dorset Subang.

“Tiada kes tempatan dan hari ini merupakan kali ke-65 Selangor bebas jangkitan dalam negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu,” katanya dalam laporan harian.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan 58 kes menjadikan keseluruhan 9,868.


Pengarang :