Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat satu kes import, jangkitan terkawal

SHAH ALAM, 10 SEPT: Selangor mencatatkan satu kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan rakyat tempatan yang pulang dari Brazil.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 2,190.

“Hari ini 45 kes baharu dilaporkan bagi seluruh Malaysia melibatkan rakan-rakan di Sabah dan Kedah. Semoga Malaysia akan segera pulih daripada ancaman Covid-19,” tulis pasukan itu di Facebook.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Selangor bebas jangkitan tempatan kali ke-63.

Sementara itu, STFC memaklumkan daerah Hulu Langat dan Klang kekal dalam zon kuning selepas masing-masing merekodkan dua kes aktif.

“Jangkitan masih terkawal di Selangor. Di Kedah dan Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat dikuat kuasa membabitkan ratusan ribu penduduk.

“Ambil iktibar dan amalkan penjarakan fizikal, basuh tangan dengan kerap dan pakai pelitup muka,” tegas pasukan itu.

 

 


Pengarang :