Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat satu kes saringan pra pembedahan

SHAH ALAM, 22 SEPT: Selangor merekodkan satu kes positif Covid-19 hari melibatkan saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Menurut data bilik gerakan, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan tiga kes aktif di negeri ini dengan masing-masing satu kes di daerah Hulu Langat, Petaling dan Sepang.

Data tersebut menunjukkan jumlah kes keseluruhan di Selangor adalah 2,215 dengan 1,916 daripadanya sembuh manakala kematian 24 kes.

Selain itu seramai 272 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin di negeri ini dengan mereka yang pulang dari Indonesia merekodkan bilangan tertinggi iaitu 52 orang, Mesir dan India (26) serta Arab Saudi (19).

Malaysia merekodkan 82 kes baharu hari ini dengan 72 daripadanya jangkitan tempatan manakala 10 kes import.

Seramai 168 pesakit Covid-19 pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 9,563 atau 92.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Pengarang :