Petugas Kesihatan Selcare berehat seketika selepas membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 20 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Tiada kes tempatan di Selangor kali ke-64

SHAH ALAM, 11 SEPT: Selangor mengekalkan sifar kes penularan tempatan Covid-19 kali ke-64 sejak 18 Mac lalu, maklum Bilik Gerakan Negeri.

Hanya satu kes baharu dicatatkan dalam tempoh tiga hari berturut-turut membabitkan kes import. Keseluruhannya sebanyak 2,191 kes direkodkan di negeri itu.

“Kes import baharu hari ini ialah pengembara bukan warganegara dari Filipina. Satu kes discaj di Klang dan tiada kematian dilaporkan,” maklum bilik gerakan.

Dua daerah masih berada dalam zon kuning susulan dua kes aktif di Hulu Langat dan satu di Klang.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor menggesa orang ramai terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan kekal berdisiplin dalam norma baharu berikutan situasi pandemik membimbangkan.

Sebanyak 182 kes baharu dilaporkan hari ini membabitkan 181 jangkitan tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah terkumpul 9,810 kes. Jumlah kematian kekal 128 orang.


Pengarang :