Orang ramai perlu patuh tatacara operasi piawai dengan menggunakan pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Empat kes baharu Covid-19 di Selangor, tiga daripadanya kes import

SHAH ALAM, 21 SEPT: Selangor merekodkan empat kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,214.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan satu kes adalah saringan pra pembedahan melibatkan warga asing manakala tiga lagi kes import.

“Malaysia pula mencatatkan 57 kes baharu yang melibatkan 51 jangkitan tempatan. Majoriti besar kes tersebut direkodkan di Sabah,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) menunjukkan Hulu Langat menjadi daerah kedua berstatus zon kuning selepas Sepang apabila merekodkan satu saringan pra pembedahan hari ini.

Data tersebut turut menunjukkan kes kematian di negeri ini kekal 24 serta terdapat dua kes aktif.

Pertambahan 57 kes baharu Covid-19 dalam negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 10,276 kes dengan 751 daripadanya merupakan kes aktif.


Pengarang :