Luqman Firdauz Wong memberikan penerangan mengenai aplikasi Shopee kepada peserta program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 di Bukit Raja, Klang pada 22 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Banyakkan kerjasama pintar laksana program bantu rakyat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kerajaan Negeri perlu menyertai lebih banyak kerjasama pintar dengan syarikat terkenal bagi membolehkan pelaksanaan program lebih berkesan kepada rakyat

EXCO pembangunan usahawan berkata antara kerjasama pintar paling berjaya adalah menerusi Selangor e-Bazar Raya bersama Shopee yang mencecah hasil jutaan ringgit.

“Modal disuntik Kerajaan Negeri bagi program berkenaan adalah RM1 juta tetapi kemudiannya dapat menjana pendapatan lebih dari RM300 juta, jadi perkongsian pintar sebegitu bukan saja berkesan kepada rakyat tetapi menjadikan ia lebih bermanfaat.

EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail membentangkan rumusan ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Sekiranya tiada perkongsian pintar sebegini, tidak mungkin kita mampu pergi lebih jauh,” kata Rodziah Ismail ketika sesi rumusan Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Rodziah yang juga EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi berkata pihaknya turut menjalankan kerjasama pintar bersama perbankan bagi membangunkan program fertigasi penanaman lada.

“Bagi program berkenaan, Agro Bank tawarkan perkhidmatan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk menyertai program berkenaan, jadi ia salah satu contoh kerjasama pintar yang baik,” katanya.


Pengarang :