Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plat perasmian JDM dan Bilik Gerakan JDM Laksamana 2 di Pangsapuri Laksamana Jaya A, Batu Caves pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PILIHAN MINGGUANSELANGOR

Fokus program bantu rakyat, makmur bersama

GOMBAK, 17 SEPT: Kerajaan Selangor tetap menumpukan program pembangunan rakyat walaupun berlaku pergolakan politik dalam negara.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) terus berusaha membantu semua kaum mendapat keadilan dan kedamaian serta mengelakkan curiga satu sama lain demi kepentingan bersama.

“Sekarang orang lain (negeri) tak buat program rakyat tapi lebih kepada politik. Semua bergaduh nak jadi pemimpin.

“Akhirnya program untuk rakyat jadi pilihan kedua. Pertama mereka nak bentuk kerajaan. Sebab itu kita (Selangor) nak ubah dan tumpu kepada rakyat,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor ketika berucap di Majlis Perasmian Jentera Daerah Mengundi (JDM) Laksamana 2 di sini semalam.

Beliau berkata PAKATAN akan meneruskan usaha menjaga serta memelihara rakyat supaya tiada yang dizalimi.

“Memang kita akan dikacau tapi kita minta penduduk terus sokong. Kita tak sempurna namun kita usaha perbaiki kesalahan untuk kemakmuran bersama,” kata Dato’ Menteri Besar.


Pengarang :