Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga runcit RON95, 97 turun lima sen

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 12 hingga 18 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.66, RON97 (RM1.96) dan diesel (RM1.72).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” maklum kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :