Pelajar memakai pelitup muka selepas pemerintah Indonesia membuka kembali sesi persekolahan dengan melaksanakan proses pembelajaran secara bersemuka di tengah kebimbangan penularan wabak Covid-19 di Bekasi, di pinggiran Jakarta, Indonesia pada 13 Julai 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Indonesia catat 3,989 kes positif baharu Covid-19, keseluruhan 244,676

JAKARTA, 20 SEPT: Indonesia mencatatkan 3,989 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 244,676 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 107,370 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di republik itu mencecah 9,553 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali berada di bawah peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik berkenaan iaitu 61,966 kes, dengan tambahan 1,138 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,965 orang, diikuti Jakarta (1,541), Jawa Tengah (1,252) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :