Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan air minuman kepada penduduk penduduk Pangsapuri Golden Villa, Klang pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Isteri MB serah bantuan air, makanan asas di Pangsapuri Golden Villa

KLANG, 7 SEPT: Isteri Dato’ Menteri Besar menyampaikan bantuan air minuman kepada penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Pangsapuri Golden Villa di sini, hari ini.

Datin Seri Masdiana Muhamad yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan 932 botol air minuman lima liter sumbangan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) untuk kegunaan kira-kira 6,000 penduduk.

Selain itu, penduduk turut menerima bantuan makanan asas sumbangan Kerajaan Selangor.

Datin Seri Masdiana Muhamad beramah mesra bersama penduduk ketika Program Pengagihan Air Minuman Kepada Penduduk Pangsapuri Golden Villa, Klang pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Masdiana ketika ditemui berkata sumbangan itu untuk meringankan beban penduduk yang terputus bekalan air susulan pencemaran di Sungai Gong, Rawang, menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit membantu dan bertungkus-lumus bagi memastikan orang ramai mendapat bekalan air sepanjang tempoh gangguan,” katanya.


Pengarang :