Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad bercakap kepada media ketika ditemui pada Majlis Mesra Media Jais di Shah Alam Convention Centre pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jais: 17 ajaran sesat aktif di Selangor, tindakan diambil

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 17 ajaran sesat disahkan aktif menyebarkan fahaman di seluruh Selangor, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata kumpulan berkenaan termasuk yang baharu ditubuhkan kini sedang dipantau sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita sedang perhalusi. Segala maklumat ini diterima dari orang awam yang semakin sedar dan bijak.

“Kepada kumpulan ini, sila hati-hati. Penguat kuasa dah belajar dari pengalaman. Sebelum ini kita agak ke depan tetapi dimalukan namun kali ini Jais bertindak agak perlahan dan akan tamatkan semuanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Media 2020 di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad berucap ketika Majlis Mesra Media Jais di Shah Alam Convention Centre pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :