Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan luar negara kes positif tunggal Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 13 SEPT: Selangor hanya mencatatkan satu kes baharu positif Covid-19 jangkitan dari luar negara membabitkan warganegara Maghribi.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah kes terkumpul meningkat kepada 2,194 hari ini.

“Hari ini juga 47 kes baru dilaporkan bagi seluruh Malaysia dengan kes aktif di Malaysia sekarang menjadi 591 kes.

“Daripada 47 kes tersebut, 45 kes adalah penularan tempatan yang membabitkan 28 warganegara Malaysia. Kebanyakannya berlaku di Sabah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Perkembangan ini juga menyaksikan Selangor bebas jangkitan kes tempatan kali ke-66.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan sebanyak 17 kes positif Covid-19 dicatatkan di Selangor sepanjang tempoh seminggu hingga 13 September.

Menurutnya, kes positif berkenaan adalah kes import dan setakat ini kekal 24 kematian.

“Setakat ini hanya tiga kes aktif dicatatkan dengan dua di daerah Hulu Langat dan satu di Klang,” katanya.

 


Pengarang :