Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Penyerahan Mooncake Sempena Perayaan Mid-Autumn Mooncake di Pusat Membeli-belah Spectrum, Ampang pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerajaan Negeri bersungguh tangani Covid-19, 70 kali tiada penularan tempatan

AMPANG, 19 SEPT: Selangor merekodkan 70 kali tiada penularan tempatan bagi kes Covid-19 dan kerja keras Kerajaan Negeri terbukti dengan keputusan positif.

Dato’ Menteri Besar berkata perkembangan tersebut baik untuk negeri ini yang pernah mencatat kes positif paling tinggi dalam negara termasuk dengan kawasan majoriti zon merah dan zon kuning.

“Dengan langkah tambahan diambil untuk mengatasinya, akhirnya Selangor berjaya menerusi 70 kali tiada jangkitan tempatan. Malah kita juga menjadi negeri pertama menubuhkan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dan melakukan saringan percuma kepada lebih 20,000 penduduk khususnya golongan berisiko,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima ketika Majlis Penyerahan Mooncake Sempena Perayaan Mid-Autumn Mooncake di Pusat Membeli-belah Spectrum, Ampang pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Festival Mid Autumn Ampang di Pusat Beli Belah Spectrum di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan sebanyak 690 kuih bulan berperisa Durian Musang King diagihkan kepada pengunjung termasuk warga emas.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan jumlah terkumpul 2,205 kes Covid-19 dan hanya Sepang berada dalam zon kuning berikutan terdapat satu kes aktif.


Pengarang :