Orang ramai perlu patuh tatacara operasi piawai dengan menggunakan pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal enam, tiada kematian

SHAH ALAM, 6 SEPT: Kes baharu Covid-19 hari ini kekal enam iaitu masing-masing tiga bagi penularan tempatan dan import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes dalam negara melibatkan warga tempatan dengan pertambahan dua kes bagi kluster Benteng LD dan satu dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Bagi kes import dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan dua daripadanya mendapat jangkitan di Indonesia manakala satu di Bangladesh.

“Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,397 serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 154 ,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata dua pesakit pulih menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,115 kes dan enam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kematian berkaitan dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128,” katanya.


Pengarang :