Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor catat dua angka

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kes Covid-19 di Selangor kembali kepada dua angka selepas merekodkan 11 kes baharu hari ini, menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data agensi menunjukkan Hulu Selangor mencatat sebanyak lima kes, Klang (tiga), Petaling dan Hulu Langat (masing-masing satu) serta kes import (satu).

Pertambahan tersebut menjadikan kes keseluruhan di negeri ini ialah 2,235 dengan 19 daripadanya kes aktif serta merekodkan 24 kematian setakat ini.

Berdasarkan data tersebut, Selangor merekodkan 25 kes melibatkan 19 kes tempatan dan enam import dalam tempoh seminggu bermula 21 September sehingga hari ini.

Kes baharu Covid-19 di Malaysia kembali melonjak kepada tiga angka apabila 150 kes direkodkan hari ini.

Sebanyak 146 kes jangkitan tempatan melibatkan 124 warganegara dan 22 bukan warganegara serta empat kes import melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara.


Pengarang :