Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor meningkat tiga kes

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada tiga kes hari ini berbanding dua semalam, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Jelas pasukan tersebut, dua kes merupakan jangkitan tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah manakala satu kes import melibatkan bukan warganegara dari Indonesia.

“Tiga kes baharu dilaporkan di Selangor pada hari ini dan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,220. Dua jangkitan tempatan dikesan melibatkan warganegara Malaysia yang mempunyai rekod perjalanan terkini ke Sabah.

“Malaysia pula mencatatkan 71 kes baru yang melibatkan 69 jangkitan tempatan,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) menunjukkan pertambahan kes baharu menjadikan enam kes aktif direkodkan di Selangor iaitu masing-masing dua kes di Hulu Langat dan Petaling manakala Gombak dan Klang masing-masing satu kes.


Pengarang :