Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal tiga angka, tiada kematian

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kes positif Covid-19 di Malaysia kekal tiga angka dengan 115 kes baharu direkodkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 112 kes tempatan melibatkan 98 warganegara dan 14 bukan warganegara serta tiga kes import melibatkan satu warganegara dan dua bukan warganegara.

“Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes 12,034 dengan 1,011 daripadanya merupakan kes aktif.

“Selain itu sebanyak 54 kes pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah 9,889 kes atau 89.6 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kekal 134 kes manakala lapan dirawat di unit rawatan rapi.


Pengarang :