Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin pada sidang media di Klang pada 17 Jun 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Klang catat kluster baharu, MPK tangguh buka pasar pagi

SHAH ALAM, 30 SEPT: Beberapa bazar, pasar pagi dan malam di Klang kekal ditutup susulan perkembangan semasa kes Covid-19 di daerah berkenaan.

Setakat semalam, tiga daripada 15 kes di negeri ini dicatatkan di Klang. Kluster baharu turut dikesan iaitu Kluster Benteng PK membabitkan warga asing tanpa izin.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata pihaknya perlu memantau situasi semasa dalam tempoh dua minggu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Buat masa ini kita tangguhkan dahulu (pembukaan pasar) sebab bila satu kes dikesan, kita perlu pantau dalam tempoh dua minggu,” kata Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin ketika ditemui dalam satu majlis di sini, semalam.

“Kes (di Klang) membabitkan individu pulang dari Sabah dan kita akan minta nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri serta mengambil pendirian untuk tidak panik.”

Seramai 148 individu dalam Kluster Benteng PK disaring dengan sembilan daripadanya positif manakala baki disahkan negatif.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan turut mengesan Kluster Jalan Apas membabitkan pasangan suami isteri yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 13 hingga 16 September lalu.

Kedua-duanya disahkan positif pada 26 September dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.


Pengarang :