Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail bercakap kepada media ketika hadir ke Pameran Perdagangan Antarabangsa (WHOLE 2020) di Pusat Arena SPICE, Pulau Pinang pada 10 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Lebih 10,000 usahawan disasar sertai Seldec tiga tahun lagi

BAYAN LEPAS, 11 SEPT: Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 10,000 usahawan mikro berdaftar dengan Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

EXCO Usahawan Rodziah Ismail berkata sasaran mampu dicapai sekiranya usahawan bijak mengambil peluang yang boleh memberi pendapatan bulanan antara RM4,500 hingga RM6,000.

“Seldec sebenarnya pemudah cara supaya semua orang boleh terlibat dalam perniagaan ini.
Biarpun hanya berniaga produk kecil tetapi jika guna platform yang betul saya yakin usahawan boleh bawa pulangan sekurang-kurangnya RM200 sehari.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail melawat ke gerai pameran Pavilion Selangor ketika Pameran Perdagangan Antarabangsa (WHOLE 2020) di Pusat Arena SPICE, Pulau Pinang pada 10 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Jika pulangan minima sehari itu mampu dicapai, maka sudah cukup menunjukkan bahawa Selangor berjaya keluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pameran dan Persidangan Dunia, Hospitaliti, Gaya Hidup serta Hiburan (WHOLE PENANG 2020) di Pusat Konvensyen Arena SPICE Pulau Pinang di sini semalam.

Menurut Rodziah, Seldec sentiasa aktif menggalakkan usahawan memahami konsep perniagaan secara digital selain membimbing golongan itu supaya tidak takut meneroka pasaran lebih luas.

“Cuma apa yang menjadi persoalan sama ada usahawan kecil kita bersedia untuk pergi ke dunia lebih luas. Misalnya, jika berdepan masalah penguatkuasaan atau gerai diroboh tetapi mereka tidak melihat peluang besar sebenarnya apabila berniaga dalam talian,” katanya.


Pengarang :