Saipolyazan Mat Yusop berucap pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) Lembaga Zakat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS sasar kutip RM800 juta, seru lebih ramai bayar zakat

SHAH ALAM, 14 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasar kutipan zakat sebanyak RM800 juta tahun ini, menurun berbanding RM855.1 juta pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Mat Yusop berharap lebih ramai membayar zakat bagi membela nasib asnaf, fakir dan miskin yang meningkat susulan penularan Covid-19.

“Berdasarkan situasi semasa LZS menjangkakan jumlah asnaf, fakir dan miskin pada tahun ini meningkat kepada 80,000 berbanding 65,000 pada tahun lepas.

“LZS giat melaksanakan kempen memupuk kesedaran membayar zakat terutamanya secara dalam talian dan kita minta mereka yang layak tampil menunaikan tanggungjawab,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangkan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Beliau menambah LZS antara agensi zakat pertama di negara ini yang tampil menghulurkan bantuan khas kepada golongan terkesan akibat Covid-19.

“Kita menyalurkan bantuan khas zakat Covid-19 sebanyak RM14 juta kepada 29,000 penerima layak bermula 23 Mac dan kita pantau mereka dari semasa ke semasa sama ada telah kembali bekerja atau sebaliknya.”


Pengarang :