Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri) menerima cek cura berjumlah RM1.77 juta daripada Timbalan Pengerusi LZS Dato’ Dr Aizuddin Ahmad (tengah) untuk diagihkan kepada 17 hospital ketika Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital LZS di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 14 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS sumbang RM1.77 juta kepada hospital, biaya rawatan pesakit miskin

SHAH ALAM, 14 SEPT: Sejumlah RM1.77 juta disalurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 17 hospital, pusat perubatan dan institut kesihatan melalui Tabung Kebajikan Pesakit Hospital.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan Mat Yusop berkata Hospital Kuala Lumpur menerima sumbangan tertinggi berjumlah RM300,000 diikuti Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz masing-masing RM200,000.

“Bantuan tersebut bagi meringankan beban pesakit kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan di hospital,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital LZS di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini hari ini.

Hospital dan pusat perubatan lain yang turut menerima sumbangan ialah:

-Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (RM150,000)
-Yayasan Institut Jantung Negara (RM150,000)
-Hospital Selayang (RM100,000)
-Hospital Sungai Buloh (RM100,000)
-Hospital Ampang (RM100,000)
-Hospital Serdang (RM100,000)
-Hospital Kajang (RM100,000)
-Hospital Shah Alam (RM50,000)
-Hospital Putrajaya (RM50,000)
-Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara Sungai Buloh (RM50,000)
-Hospital Rehabilitasi Cheras (RM50,000)
-Institut Kanser Negara (RM30,000)
-Hospital Banting (RM20,000)
-Hospital Kuala Kubu (RM20,000)


Pengarang :