Majlis penyerahan cek cura bayaran dividen Teraju Ekonomi Asnf Sdn Bhd kepada Majlis Agama Islam Selangor. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais terima dividen anak syarikat lebih RM50,000

SHAH ALAM, 30 SEPT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima bayaran dividen 2019 daripada anak syarikatnya, Teraju Ekonomi Asnf Sdn Bhd (Teras) berjumlah RM54,814.75 semalam.

Agensi berkata berdasarkan laporan dan penyata kewangan bertarikh 31 Disember 2019, Teras mencapai keuntungan bersih berjumlah RM219,259.

“Antara aktiviti perniagaan Teras adalah membekal hamper makanan kering program korporat, pakaian dan keperluan sekolah, tempahan jahitan baju korporat, baju melayu dan baju batik, perkhidmatan bimbingan jahitan serta kerjasama strategik dengan agensi korporat lain bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cek cura diserahkan Ahli Lembaga Pengarah Teras Datuk Bakhtiar Hussin kepada Pengerusi Mais Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi.


Pengarang :