Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Malaysia catat kematian ke-129, 95 kes baharu

SHAH ALAM, 18 SEPT: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan maut sebanyak 129 orang.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes kematian merupakan wanita warga Filipina berumur 50 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Semporna, Sabah.

“Kes baharu pula kembali meningkat kepada 95 dengan 91 daripadanya penularan tempatan di Sabah antaranya 76 dari kluster Benteng, kluster Pulau (empat) dan kluster Selamat (tiga), manakala empat kes import.

“Daripada 91 kes penularan dalam negara, 68 adalah warganegara dan 23 warga asing manakala semua kes import membabitkan warga asing,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sehingga kini 11 individu dirawat di unit rawatan rapi manakala dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :