Kakitangan Kementerian Kesihatan memantau saringan suhu badan yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 Januari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang tiga negara

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan setuju mengenakan sekatan kemasukan kepada pemegang pas jangka panjang bagi warganegara India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia berkuat kuasa 7 September.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 dari beberapa negara.

“Keputusan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan dalam negara oleh kes-kes import Covid-19,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan sekatan kemasukan ini merangkumi penduduk tetap (PR), pas program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK), pas residen, pasangan kepada warganegara Malaysia (Spouse Visa) serta pelajar warganegara berkenaan.

Sebanyak enam kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam dengan empat daripadanya kes import di Selangor.


Pengarang :