Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyantuni penduduk di Kampung Cenderakasih di DUN Inanam ketika berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat sempena Pilihan Raya Negeri Sabah pada 25 September 2020. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB jalani saringan Covid-19 selepas tiba dari Sabah

SHAH ALAM, 28 SEPT: Dato’ Menteri Besar menjalani saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejurus tiba dari Sabah tengah hari tadi.

Melalui hantaran di Twitter hari ini, Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkongsi foto memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu selaras arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dato’ Seri Amirudin Shari memakai gelang berwarna merah jambu selepas menjalani saringan Covid-19 di klia2 sejurus pulang dari Sabah. Foto Twitter Amirudin Shari

“Saya turut memakai gelang ‘pink’ dan akan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) KKM seperti yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas perubatan yang membantu melaksanakan ujian saringan di KLIA dan klia2,” tulisnya.

Amirudin berada di Sabah sejak 22 September lalu bagi membantu jentera Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya negeri.

Bermula 27 September hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Negeri di Bawah Bayu wajib melakukan saringan Covid-19 dan menjalani perintah pengawasan serta pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang terlibat akan menerima surat HSO, memakai gelang kuarantin dan diawasi sehingga keputusan makmal diperolehi.

 


Pengarang :