Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar kepada mangsa kejadian sebahagian struktur rumah runtuh di Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 13 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

MB tinjau rumah runtuh, arah bantuan segera kepada mangsa

GOMBAK, 13 SEPT: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa melawat keluarga sebuah rumah yang runtuh di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan memastikan mangsa terdiri pasangan suami isteri serta dua anak menerima bantuan sewajarnya termasuk peruntukan baik pulih rumah.

“Saya melahirkan simpati kepada keluarga ini, ada mangsa mengalami kecederaan parah dan sama-sama kita berdoa semoga mereka diberi kekuatan dan cepat sembuh.

Keadaan rumah mangsa yang runtuh di Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 13 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Pejabat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua akan memantau perkembangan mangsa dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan mereka terjaga,” katanya selepas melawat keluarga mangsa.

Beliau berkata struktur rumah yang runtuh akan dikeluarkan esok bagi membolehkan kerja baik pulih dilakukan.

Rumah tersebut didiami pasangan suami isteri berumur 29 dan 27 tahun serta dua anak masing-masing berumur empat tahun dan dua bulan.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, struktur dinding dan bumbung menghempap seorang wanita dan anaknya berumur dua bulan sehingga menyebabkan kecederaan parah.


Pengarang :