Salah sebuah premis diarah tutup dalam operasi MBSA bersama agensi lain semalam. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam.
PBTSELANGOR

MBSA: Empat premis langgar PKPP diarah tutup

SHAH ALAM, 12 SEPT: Empat premis sekitar Seksyen 32 di sini diarah tutup kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) operasi dijalankan semalam bersama beberapa agensi lain turut mengeluarkan kompaun serta denda ke atas tiga premis lain.

“Operasi ini dilakukan selepas tujuh premis ini disyaki dikendalikan warga asing. Hasil pemeriksaan juga mendapati adanya pelanggaran undang-undang.

“Beberapa barangan seperti tong gas, rak serta mesin permainan kanak-kanak turut disita dan dihantar ke stor di Seksyen 17 dekat sini,” katanya di Facebook semalam.

Menurut MBSA tindakan berkenaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007.


Pengarang :