EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menyerahkan lesen sementara kepada peniaga kecil ketika Majlis Penyampaian Permit Penjaja Bagi Penjaja-Penjaja Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang di Menara MPKj, Kajang pada 29 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKj serah lesen sementara kepada hampir 1,200 penjaja

SHAH ALAM, 30 SEPT: Hampir 1,200 penjaja dan peniaga kecil sekitar Kajang menerima lesen sementara bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata lesen pasca Covid-19 yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh digunakan sehingga 31 Disember tahun depan namun perlu diperbaharui mengikut tempoh ditetapkan.

“Pemberian lesen itu antara inisiatif Kerajaan Negeri membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan susulan pandemik wabak,” katanya selepas menyerahkan permit kepada penjaja di MPKj semalam.

Sementara itu, Sze Han berkata PBT itu juga sudah mengeluarkan hampir 10,000 lesen perniagaan kepada penjaja sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan Selangor memutuskan program pemberian lesen sementara dilanjut sehingga penghujung 2021 selepas melihat kejayaan program itu membantu golongan terkesan.

Bagaimanapun had sah permit bergantung kepada PBT masing-masing mengikut kesesuaian semua faktor.


Pengarang :