Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Noraini Roslan ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bil. 8/2020 di Ibu Pejabat MPSJ pada 30 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPSJ tutup pasar malam, pagi jika kes Covid-19 meningkat

SUBANG JAYA, 30 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengikut langkah Majlis Perbandaran Klang (MPK) menutup bazar, pasar pagi dan malam sekiranya kes Covid-19 kawasan itu meningkat.

Yang Dipertua Noraini Roslan bagaimanapun berkata langkah itu hanya dilakukan selepas mendapat arahan atau nasihat pihak berkuasa.

“Setakat hari ini empat kes aktif dilaporkan. Kita akan terus memantau perkara ini dan mengambil tindakan sesuai bagi mengelakkan penularan wabak dalam masyarakat,” katanya selepas Mesyuarat Penuh MPSJ hari ini.

Semalam, Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin memaklumkan beberapa lokasi tumpuan awam ditutup susulan perkembangan semasa kes wabak di daerah berkenaan.

Setakat semalam, tiga daripada 15 kes di negeri ini dicatatkan di Klang. Kluster baharu turut dikesan iaitu kluster Benteng PK membabitkan pendatang tanpa izin dan menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 2,261.


Pengarang :