SHAH ALAM, 30 SEPT: Sebanyak 29 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong pada jam 7.30 malam tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata disebabkan itu, bekalan air ditutup bermula jam 11 malam ini bagi kerja pembaikan paip pecah.
“Kerja pembaikan dijangka siap pada jam 5 pagi esok (1 Oktober), sementara bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi, hari yang sama,” katanya menerusi kenyataan.
Agensi akan memaklumkan perkembangan baik pulih dari masa ke semasa melalui akaun rasmi media sosial termasuk Facebook, Twitter, Instagram serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
Lokasi terjejas:
1. Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 dan 9 16. PJS 5
2. Jalan Kenari 17. PJS 6
3. Jalan Puchong Batu 10 18. PJS 7
4. Jalan Puchong Batu 11 19. PJS 8
5. Jalan Puchong Batu 12 20. PJS 9
6. Jalan Puchong Batu 13 21. PJS 10
7. Jalan Puchong Batu 7 22. PJS 11
8. Jalan Puchong Batu 8 23. Puchong Mesra
9. Jalan Puchong Batu 9 24. Sirim
10. Kampung Bohol 25. Taman Bukit Kuchai
11. Kampung Lembah Kinrara 26. Taman Kinrara
12. PJS 1 27. Taman Puchong Indah
13. PJS 2 28. Taman Puchong Permai
14. PJS 3 29. Taman Perindustrian 7
15. PJS 4