EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau (kiri) menyerahkan bantuan Program Pemberian Barangan Perlidungan Kesihatan dan Makanan Berkhasiat kepada penerima, Noor Rila Md Noor pada 14 September 2020.
EXCOSELANGOR

Penduduk hargai bantuan barangan perlindungan kesihatan

KUALA SELANGOR, 14 SEPT: Penerima Program Pemberian Barangan Perlindungan Kesihatan dan Makanan Berkhasiat menghargai sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Noor Rila Md Noor, 63, berkata sumbangan diberi dapat mengurangkan beban ditanggung.

“Saya terima apa sahaja bantuan kerana memang memerlukan. Terima kasih kerana prihatin dengan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Seorang lagi penerima, Zaharah Ahmad, 59, berkata barangan itu merupakan keperluannya setiap hari sejak penularan Covid-19 termasuk di negeri ini.

Zaharah Ahmad

“Makcik ada penyakit jadi kerap pakai cecair pembasmi kuman nak elak risiko jangkitan. Bila pergi klinik wajib pakai pelitup jadi pemberian hari ini memang berguna dan dapat kurangkan kos membeli,” katanya.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau melawat kedua-dua penerima serta menyerahkan bantuan tersebut selain beras, milo, bijirin serat serta biskut.

Program membabitkan kos hampir RM348,000 itu memberi manfaat kepada 5,700 golongan berpendapatan rendah (B40) di 57 mukim.


Pengarang :