Kakitangan Kementerian Kesihatan memantau saringan suhu badan yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 Januari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pengembara dari luar negara ke Sarawak wajib kuarantin

SHAH ALAM, 2 SEPT: Semua pengembara dari luar negara yang memasuki Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di lokasi ditetapkan Kerajaan Negeri berkuat kuasa semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata individu berkenaan juga perlu menjalani saringan ujian calitan pada hari kedua dan ke-10 bagi mengelak penularan Covid-19.

“Kos kuarantin bagi rakyat Sarawak ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri manakala bukan rakyat Sarawak, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan warganegara Malaysia yang tiba ke negeri berkenaan bagaimanapun dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Namun, mereka perlu mengisi borang deklarasi kesihatan secara atas talian (e-HDF) terlebih dahulu dan borang tersebut boleh diperoleh di laman sesawang sarawakdisastermc.com.

 


Pengarang :